Friday 16 December 2011

Hari yang paling banyak lampu!

Hari ni biasa je dari awal pagi. Nothing special, kecuali aku sedang berusaha untuk membiasakan diri datang awal! HAHAHA *Tergolek-golek aku gelak sendiri!

Lepas tu everything went smooth except dalam pukul 11 kena tolong angkat barang etc Kitorang memang selalu ada gotong-royong macam ni, angkat barang itu dan ini, pindah sana dan sini..tak kisah sangat, cuma sejak minggu lepas aku sedar ada banyak lagi kerja nak kena disiapkan. Sebab website dah siap and tugas mencari sale memang dah bagi kat assistant, tapi aku nak kena fokus untuk mart dan restaurant pula. Include renovation, interior design etc So itu yang akan jadi kelam kabut lagi...

Caffeine week again? Hahaha maybe? Tapi, aku tak kisah sangat. I'm enjoying the task :)

Menjelang tengah hari, balik lunch dapat satu email dari customer. First customer purchase! Alhamdulillah! Seronok giler aku rasa! Terasa macam nak lari satu Ansar tu, sambil jerit yang kitorang dapat satu sale! Hahaha Memanglah satu je, tapi seronok tak terkata sebab website tu kitorang bina dari empty (kecuali template memang dah ada), tapi nak pump-in data, details, price, layout, testing payment channel, shipping cost etc adalah kerja yang memakan masa dan sangat banyak data. So bila ada satu sale yang external (bukan testing, bukan dari ansarian etc) adalah sesuatu yang sangat-sangat menggembirakan! :D



Terasa macam 'owh..rupanya kitorang dah capai dunia luar! rupanya ada orang sedar website kitorang!' Macam tulah seronoknya aku rasa..sangat excited especially sebab aku memang suka bina something from scratch, so bila mende tu function, terasa sangat puas hati! Alhamdulillah, moga ada banyak lagi incoming sales later...

Tu pasal sales, tamat. Everyday and every step is like a learning process pada aku sebab semua ni adalah perkara baru. So next step is shipping process, wrapping, send out, update etc Biasa je sebenarnya, bukan besar sangat, tapi aku tetap rasa ia mengujakan, sebab it's almost totally mine! hahaha Boss kata, anggaplah ni macam baby kitorang. As long as it function! Best kan?

So despite kesibukkan dan tenggelam dalam data-data bersepah-sepah tu, budak-budak Ansar ni (guys especially), dah semakin recognise aku. Bukan sebab apa, sebab aku sangat garang! HAHAHA Aku pun tak sure kenapa, well actually, bukan garang la..aku serius je bila kerja. Tekun. Pergh...haha Assistant aku tu da kena marah tak tau baper kali, orang lain kurang sikit la. Aku bukan suka sangat marah pun, tapi dah ko buat macam nak tak nak je, mestilah aku bengang. Kalau ni bukan responsibility aku, maybe la aku tak kisah. Tapi kalau buruk nanti, bukan orang cari orang lain, aku jugaaa! So, mestilah aku serius!

Anyway, by January, dia bukan lagi assistant aku. Sebab aku rasa dia lebih suka buat sales outdoor. Biarlah dia. Dia follow mak cik soseh, yang ternyata amat suka dapat assistant baru! As for me, outdoor sales is not my style. I prefer stay indoor, work behind the stage, the planner, the thinker! Competition? Semakin hangat. Tapi tak kisahlah, as I proudly say before, I'm not going to take side. If I'm good, then I'm. Tekanan? Sure, tapi I need to prove that aku pun boleh berjaya macam orang lain. Peluang sudah ada depan mata..



Speaking about this, I'll bring over my parents to holiday earlier 2012. Payback, sebab all these while sangat tak ada masa. Aku bukan apa, macam yang aku cakap tadi, I'm trying to build my future. Aku kan nak beli rumah, hopefully. So, gaji kenalah besau sebab aku single owner ma..Rumah tu bolehlah parents aku stay together nanti. Sebenarnya aku pun nak bagi chances kat adik aku mengembara keluar dari rumah. Kesian juga dia, all these while, dia kena jaga parents kitorang. So maybe, kalau ada rumah tu nanti, dia boleh fly out oversea yang dia nak beli BMW tu. Then parents can stay with me.



Sekarang ni, gaji tak cukup banyak. Tak mampu beli rumah. So kenalah aku berusaha naikkan karier ni. Aku tak harap sesiapa memahaminya. Tapi kalaulah aku boleh terangkan pada mereka-mereka yang bersoal jawab, macamlah aku bunuh orang atau edar dadah ke oversea, I wish they can understood.

Anyway, balik kerja tu masih terbawa-bawa kegembiraan receive first customer. Tanpa aku sedari, banyak rupanya lampu along route yang aku hari-hari guna! MasyaAllah, selama ni tak perasan pun! Haha Seriously lampu-lampu yang aku tengok malam tadi sangat indah, meraikan keindahan yang aku rasa! Alhamdulillah :)


Lebih hapi lagi, sebab ada orang bagi lagu ni, part of the lyric....Cuz baby you are mine mine (Mine...) Mine mine (Mine...) I was too quick into admitting I really missed you Did that seem unmanly of me You say bye bye (Bye...), oh bye bye (Bye...) I open up my heart for you to see, it's full of love......Don't, don't you leave secretly Don't, don't you leave secretly Don't be scared, I won't leave you alone there You just want someone to depend on, someone to love you Don't, hurry up and open your umbrella Don't, hurry up and open your umbrella..


Ish...terangnya lampu! :D *Sila tepuk dahi beramai-ramai!

No comments:

Post a Comment