Friday, 22 February 2013

tanda harga

Semalam aku MC, sebenarnya semalaman aku tak tidur memikir itu dan ini pasal kerja! Menjelang 5am baru mata nak pejam. Sedar-sedar dah pukul 8! Dan aku pun memang agak 'fening' sejak-sejak ni, so sengaja amik cuti. Tahun ni, ni Mc pertama aku pun..Aku akan MC dalam 2 keadaan, sangat malas nak pergi keje sebab tak ada apa nak buat, atau pun take an emergency break kalau banyak sangat kerja! Call me irresponsible! haha

So semalam yang aku tak ada, banyak juga benda berlaku. Actually pagi tu ada meeting untuk cafe team dengan chef semua. Aku sebenarnya malas nak attend sebab chef tu banyak sangat request nya..! 5 star chef kan..aku plak orang kampung je, sikit-sikit bagi alasan mahal-murah. Supplier pula, ada yang asyik buat hal, kena tukar baranglah etc Kadang rasa tebal muka, nak jaga air muka sendiri, air muka boss, air muka chef dan lain-lain lagi...

Semalam juga, boss pergi gaduh dengan supplier POS system. Sudah - orang tu merajuk tak nak continue and nak breach contract. Masa sudahlah sangat suntuk. Lagi mau gaduh-gaduh! Grrr...geram betul aku! So hari ni aku masuk dan sangat terkejut dengan berita tu - dalam hati berbisik - patut la aku tiba-tiba nak amik emergency break! So bermula episode cari supplier on top of cari supplier lain-lain yang dah memang tak menang tangan ni. Aku rasa macam anjing yang kejar ekor sendiri! Lari pusing-pusing, tak tau bila nak selesai!

So dalam bengang-bengan cari supplier baru, dan tak ada perasaan, pergi pula bergaduh dengan 2 orang team aku tu pasal tong sampah. Hahaha aku ni pun kadang-kadang sewel juga! Tak leh dengar orang bagi cadangan! hahaha *Jangan marah ye, aku dah bengang pasal POS system, receip printing, thermal paper supplier dan Weighing scale tu! Daripada keje dah settle, kena buka file semula! Sudahlah tu, semua orang pun cakap masing-masing banyak kerja - walau pun awak tu lah sebab kenapa pos system tu tarik diri! Poyo betul!

Kes tu aku tak nak handle lagi, aku bagi kat awak yang menyebabkan benda tu. Briefing supplier baru pun aku malas nak attend. Malas aku, banyak lagi pending aku tak settle - aku pun busy yer..

Oh..sebut pasal tanda harga. Semalam food shooting untuk menu etc So chef-chef masak dan team shoot amik gambar. Lepas tu, ramai-ramai melantak..aku tak attend yang semalam punya, tapi aku pun bukan kisah sangat pasal makan-makan tu. Aku tengok kat fb. Boss aku upload gambar kad jemputan, adalah gambar kitchen yang dah berasap tu! Terharu aku! Terasa hasil penat lelah, bersengkang mata analysis cost, bertekak dengan supplier - paid back! haha

Tapi yang paling aku rasa priceless ialah gambar muka boss aku husband and wife masa makan tu! Aku rasa itu lebih priceless. Ternampak kelegaan kat muka diorang. Seriously aku memang sangat terkesan dengan kos yang diorang perlu keluarkan untuk dua projek serentak tu. Sampai segala yang ada kat rumah diorang pun dia masuk kat kitchen atau mart - gunalah mana yang patut. Mana nak cari boss macam nih? Tak termasuk segala cerita suka duka politik office yang berlaku sejak tahun lepas, staff keluar, staff mogok dan lain-lain..itu yang bila supplier buat hal, aku pun hangin giler!

Bukanlah duit aku, tapi tempiasnya aku pun rasa. So watch out! Aku malas nak menjawab kat boss panjang-panjang, so sebelum diorang tanya aku, baik aku tanya supplier aku dulu! Anyway, inilah rupa antara menu yang bakal ada kat kedai kitorang nanti :) Harap-hrap berjayalah business kitorang ni, insyaAllah :)




Wednesday, 20 February 2013

i'll wait instead











tak ada ulasan. kalau ada pun, tak nak tulis kat sini..
it supposed to be a good day, but turn out to be rather sad and annoying!
Well, i cant agree more with what my mom said about 'sekufu'!

think i rather wait for the impossible then accepting circumstances which risking my trust 

Tuesday, 19 February 2013

Me and My

Ok, been looking for a very nice and cosy living hall picture, where i could peacefully-comfortably-relaxing-happily come home for after a tiresome day at the office!

Actually today was a tiresome, everyday since January was a tiresome day - not only for me but most of the team. Except, since I'm the person in charged, i'm tired at the beginning-middle-end! walaw...! However, i'm stupidly-weirdly enjoying every bit of it! You betcha! Something wrong somewhere..! haha

By the way, today raining was so heavy i read post on fb that IOI Mall was flooded! Hmmm I was planning to buy an apartment there someday..haha Now most newly develop area will be flooded (flash-flooded) whenever heavy rain pour. But the property price is still rocketing! When will i ever get a chance to buy my own nest?

Ok, please refer below. It such a beautiful design that i think cosy, warm, dark - very suitable for sleeping peacefully at night or on weekend! haha I hope i will be able to buy one like this soon..no more fighting myself where-who-why-etc when it comes to housemates bla bla bla

Simple and minimalistic

i always like bedroom with working desk! 

too sweet...

less but more

if i'm single i prefer this room design! energetic and so me! :D

OK, this is shared-room soon..ekhem

Inviting, right?
Ok, lets pray hard-work hard-save more money..I want to buy my own apartment soon :) Soon, maybe next year or the following next year..haha

*Writing this with thoughts in mind that everyone have dreams they should clutch-on-tight no matter what. These are just one of mine :) 

Friday, 25 January 2013

tak tercapai akal mu


Berdebar menunggu gaji pertama tahun 2013! Poket dah kosong, seperti biasa. Tapi hati penuh harapan agar ada perubahan pada payslip. Harapnya makin banyak :) Aku bukanlah bekerja demi duit semata-mata, tapi tak juga sanggup kalau bergaji paling rendah antara semua executive! Aku faham juga kalau polisi kompeni darah tulen, menitikberatkan pencapaian akademik walau pun kelihatannya aku berjaya buktikan yang ianya tak ada kaitan sangat dengan apa yang aku buat, macam tu juga semua team aku. Kitorang semua tak ada satu pun yang berlatarbelakangkan Business! Aku dengan Efa masing-masing engineering Elektrik dan Civil. Penghulu PH pula Multimedia. Sorang lagi member akan blah akhir bulan ni, join Pejabat Tanah Petaling.

Speaking of which, aku memang tak minat keje dengan gomen, tak ada dalam darah aku kot...Kebebasan berfikir dan bereksplorasi adalah kurang, masa depan mungkin senang tapi masih juga bukan sesuatu yang aku suka. Aku kan gile cabaran! Haha

Segila-gila aku, ada masa aku kecut perut memikir sebenarnya! Ia secara tidak langsung mengikat aku pada Ansar tapi insyaAllah aku memang suka dengan misi dan visi kompeni ni. Seperti mimpi zaman remaja yang jadi realiti! Tapi, aku akan cuba beringat dan selalu sedar, bahawa setiap perkara hebat yang berlaku dalam hidup perlu mengorbankan sesuatu. Apa yang sedia aku korbankan??

Untuk soalan ini aku perlu jelaskan, tahun ini akan sibuk amat sehingga bulan Mac. Kalau tiada aral, bulan April mungkin kami dapat melancong percuma seperti tahun lepas. Tapi aku tak kisah sangat tentang itu. Yang aku kisahkan, gaji patut naik. Berapa banyak naik - lagi penting! Sebab melancong sekali je, dan masih juga perlu duit poket beli kelengkapan atau shopping cenderahati. Jadi gaji naik adalah lebih penting dan menjamin kestabilan hidup :)

Selepas projek mart dan cafe ni, ada 3 bulan atau 6 bulan paling lama untuk test market. Selepas tu, wajiblah store manager dan restaurant manager yang monitor. Aku cuma akan observe begitu-begitu je, align back whats seem running away from the path. Aku memang suka building the thing, tapi suruh run, sekejap bolehlah...Kalau ikut perancangan incik boss, dia nak aku propose kedai komputer kat Kota Bahru lepas ni. Dah lama gilak aku tak pergi KB tu! Best juga, cuma aku mungkin tak faham bahasa diorang! :D

Selain tu aku tak pasti. Tapi mungkin, aku pun akan terlibat pembinaan kilang kat Kelantan nanti. Sebab dah involve in PM since mart and cafe ni, so should be ada experiences. Aku suka! Sangat tak sabar dan seronok, so far... Apa yang aku korbankan? Masa. Masa dengan emak. Tapi aku balik sebulan sekali sekarang. Tak pun, asalkan ada cuti panjang, aku akan balik. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku akan cuba beli rumah dekat-dekat ofis, nak bawa mak stay sekali. Hopefully mak ok. Memang inilah impian aku selama ni, especially sejak bapak dah tak ada.

Ditegaskan di sini, aku akan cuba penuhi impian mak supaya cepat kawin. Aku pun tak nak bayangkan, hari paling bersejarah tu, tanpa bapak dan mak! Mesti aku sedih amat! Jadi, dengan penuh mengada-ngada dan bersungguh-sungguhnya, aku berikrar untuk spend masa kerja kuat-kuat untuk 2013. Supaya akhir tahun 2013, aku ada masa untuk majlis besar tu. HAHA *Mengada giles! Korang semua, silalah doakan ye! :)

Selain tu, menjelang bulan 7 aku akan kena bayar roadtax untuk anak dara violet tu, buat pertama kalinya. Berdebar rupanya jadi ibu yang menjalankan tanggungjawab eh! haha Lebih best lagi, aku plan nak beli rumah mungkin sebagai hadiah birthday diri sendiri! wawawa Besawnya hadiah! Rumah 100k je, saja nak buat investment. Cari yang dekat dengan office supaya senang nak lari balik kalau mak panggil emergency. Since aku akan jadi sole owner, aku kena fikir banyak kos juga sebab nak jaga mak. Tapi, insyaAllah akan ada rezeki tu untuk aku dengan mak nanti :)

Disebabkan tahun 2013 ni fokus aku adalah kerja, maka tahun berikutnya disasarkan sebagai tahun bina diri dan keluarga. InsyaAllah aku nak masuk belajar balik lepas kawin! haha Saja, supaya ada penyokong moral yang genuine :) Speaking of which, aku serahkan sepenuhnya pada Allah. Mudah-mudahan adalah seorang hambaNya yang dikirim untuk meneman jalan aku ni, begitu juga aku meneman jalan dia. Honestly, kalau tak de juga, maka wishlist ni postpone kepada tahun berikutnya! haha Seperti selalu, urusan ini walaupun melibatkan hati aku, tapi perasaan hati ini, bukanlah di dalam kekuasaan diriku sendiri...

Semalam aku mimpi pak cik tu, entah macam mana dan sejak bila, kad birthday dia sampai kat ansar! huiyo..nama pun mimpi! nampak sangat nanti aku kena sponsor hadiah birthday beliau, walau pun dia tak ingat birthday aku bila! ceh! Speaking of this juga, ada bau-bau bacang kat opis dari sorang junior ni. Junior ni dari tahun pertama aku join dah terbau bacangnya, cuma aku tak perasan seperti selalu! Tapi masa Beijing tu memang nampak obvious, cuma aku diamkan je. Since aku ada violet pula, dia lebih-lebih simpan gambar violet! aku pun x de simpan! ish3

Kitorang memang selalu outing beramai-ramai dengan junior-junior lain, maklum ler, aku ni senior yang sporting! wawawa ke sebab aku tak kelihatan seperti senior pun! haha Tapi last month, saturday first working tu dia terobvious lagi sekali, masa training. aku pun tak berapa faham, hinggalah sorang lagi junior J yang kitorang selalu keluar tu consult aku pasal produk herbalife dia, boleh plak junior J ni sibuk-sibuk nak bg tau Junior tu pasal aku. Eh!? ini sudah musykil ni...obviousnya membuat aku berfikir balik. Honestly he's too junior by age, dan ada beberapa faktor lain lagi yang tak memungkinkan aku berperasaan terhadap beliau. tapi, jika memang telah begitu suratannya, aku redha je lah..

Because of this juga, aku dengan ikhlas hati mendoakan pak cik tu bertemu jodohnya dengan segera. Senang aku amik jalan lain. Begitu juga si junior ni, moga-moga dia bertemu jodoh juga dengan segera. Samalah dengan aku, mudah-mudahan aku pun berpeluang mengedar kad yang ada nama aku dan ehem ehem tu dan menjemput kawan-kawan ke majlis besar aku nanti - walaupun aku memang tak nak buat besar-besar! haha

Pak cik seperti cuba memberitahu sesuatu, dia kata tahun ni nak raya kat tempat lahir dia selepas raya kat tempat dia membesar. Manalah taw, dia nak visit bakal in-law dia ke kan, sebab mak dia dah carikan calon isteri untuk dia. haha aku pula saja bagi dia pening, letak tarikh mart and cafe kat status, lepas tu tanya boleh tak invite boss lama datang event? Lepas tu dia cakap aku jahat, sedangkan tahun lepas dia cakap aku baik! hahaha *Bengong 2-2!

Sekarang Penghulu PH tu tengah sibuk dengan nak propose gf dia. Tengah fikir macam mana lah itulah inilah. Bukalah cerita si Efa yang laki dia dulu propose on his knee kat concorde. Siap dengan violin segala! Nat-o pula tak ada kisah apa-apa, dia orang melayu biasa je katanya. Aku? Haha aku pernah fikir dulu, maybe pak cik kena lari accross airport security dan tahan kapal terbang dari berlepas! sebab di saat akhir baru dia tu sedar, selama ni siapa yang dia diam-diam sayang! hah! berangan, no 1!

aku ada presentation besaw mart and cafe minggu depan. esok aku ingat nak briefly diskuss dengan boss and puan, minta opinion atau pun akak rina tu..tapi kalau aku free and diorang tak busy lah. aku pun dah tahap pening juga ni, penuh tangan hari-hari! last week dah terasa perut pedih, ops..better beli suspension sebelum lebih banyak dinding perut dihakis asid! pak cik dan aku telah menjadi satu kapal sejak aku kena gastrik sebab iso tahun 2011! tapi aku kini telah menjadi lebih faham apa dan mengapa pa-yap buat apa-apa dulu. sebab aku pun dah jadi macam dia! like teacher, like pupil! haha

masih banyak tak siap untuk presentation pun. makin berdebar dan aku tahu juga tak banyak yang aku boleh putuskan, sebab boss jenis sangat lenient. aku pula garang sangat. kalau aku rasa ayam, ayamlah jadinya. tapi aku percaya, semua ni bukan sebab diri aku sendiri, melainkan aku juga memahami tekanan yang boss dengan puan hadapi. aku berharap dapat membantu, memudah cara. so mana-mana yang aku rasa kecik, aku decide je sendiri. dah jadi baru aku bagi taw boss! haha jangan marah ye boss, sebab aku susah nak call dia 1-1. nanti dia pun tak faham, lagi pening ke..so meh aku tolong, mana yg patut. bab duit, memang tak la. cuma implementation tu. mana yang aku faham, aku rasa logik, insyaAllah aku tlg dia decide the best. kalau dia still tak suka, wat can i say? as usual, i already voice it out...

ok dah tengah malam. masa untuk buat kerja balik. naik muak nengok sebenarnya. tapi no choice. aku kena bagi diri aku sendiri faham dan rasa terurus, barulah aku boleh uruskan orang lain untuk memahami kerja masing-masing. speaking of which, aku rasa nak buat sendiri semua! sebab aku paling susah minta komitment orang lain!

sekian.


Tuesday, 8 January 2013

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Dah lama tak menulis, mencari-cari mood untuk menulis kembali bukan saja di blog ni malah untuk newsletter kompeni dan macam-macam lagi benda. Aku tak menulis sepanjang Disember lepas bukanlah sebab terlalu sibuk. Aku dah terminate broadband - langkah pengurangan kos. Langkah lain yang bakal di ambil ialah pindah rumah lagi! huhu

Bukan sengkek sangat, tp boleh lah begitu! Hampir muflis mungkin. Dan diharap 2013 ada salary adjustment yang boleh melegakan jerutan di poket ini di samping membina kembali cash reserve yang sepatutnya! Harapnya dengan pengenalan kepada jawatan baru, turut ada berita gembira yang melebarkan senyuman :)

*Ha! Tulah, jalan-jalan tak hengat...

Seawal tahun 2013 aku kehilangan mood yang tiba-tiba. Sebelum tu lagi pun dah terasa mood-less tapi memasuki tahun baru jadi lebih less-mood. Ada beberapa kerja tertangguh yang aku masih belum gagah berlari untuk siapkan. Tulisan pun tiada warna untuk menceriakan. Bimbang kalau yang sampai nanti ketatapan pembaca adalah bahan paling bosan pernah mereka tengok! Jadi aku tunggu hingga ada mood walau pun dateline suda semakin hampir...

Nak kata aku overwork tak juga, segalanya berjalan lancar dan perlahan-lahan. Tiada pecutan perlu dilakukan mungkin aku cuma perlukan lebih rekreasi minda. Nak berekreasi minda pun, dengan jerutan di poket, tentulah sentiasa perlu berhati-hati! Jadi mungkin itulah alasan utama. Selain itu mungkin kurang motivasi atau pun sokongan dari mana-mana pihak. I'm isolated totally!

Hurm..masalah ini perlu di atasi juga. Aku macam dah hilang kepercayaan pada manusia. Mungkin kerana aku rasa amat-amat sakit hati atas perbuatan mereka-mereka yang rapat tapi menghalalkan perbuatan melukakan hati aku tu, tak dapat aku terima! Jadi aku malas mahu mempercayai sesiapa lagi. Membiarkan telifon berbunyi tanpa diangkat atau pun membiarkan ia bisu saja. Atau pun berada di tempat yang sama tapi seolah-olah jauh jaraknya dan tak nampak fizikalnya.

Salah akukah? Aku tak mahu menyakitkan hati dengan kata-kata, dan aku hanya mampu berdiam. Kalau diam aku mencipta berita palsu yang aku semakin sombong - silakan. Aku akan kekal dengan tak mahu kata apa-apa. Sukati kamulah nak buat spekulasi, aku tahu apa yang berlaku dan kenapa aku memilih diam. Susah jika kita punya hubungan rapat! Lebih baik kita tak kenal, marah atau benci pun tak ada kaitan...senang cerita...

Sistem imunisasi yang aku cipta menunjukkan reaksi pada beberapa perkara. Contohnya opismate aku terpaksa berhijrah kerana masalah politik ofis yang aku malas nak amik port sangat. Kelihatan aku sangat tak mempunyai perasaan bila aku tak tahu apa yang harus aku katakan pada hari terakhirnya. Yes, I'm cutting all connection. Tapi aku ucapkan good luck, mana tahu menjadi cikgu adalah lebih baik untuknya?

Lagi, aku tak bereaksi kala si ehem-ehem menegur setelah hampir setengah tahun berdiam diri. Masih mengingati warna merah kesukaan aku dan tahu apa yang aku suka buat, tapi itu bukan tiket untuk senang-senang datang dan pergi dalam hidup aku! Sejujurnya aku mungkin sayangkan dia lebih dari yang dia tahu, dan dengan jujurnya aku mahu pergi lebih jauh bersamanya. Tapi dia yang datang dan pergi dengan sesuka hatinya, salahkah aku memilih untuk membina tembok ini kerana terus bermimpi untuk bersamanya seperti mengoyak hati sendiri?

Kritikan adalah perkara paling susah untuk aku terima kerana aku rasa aku telah berusaha melaksanakan sesuatu sehabis baik. Bukan aku tak boleh terima teguran, tapi ia sedikit mengecewakan dan aku tak lagi punya 'doktor' untuk merawat.

Aku ingin mencuba sekali lagi, tapi aku bimbang tak boleh terluka lagi...

  

Ho Hey 2013!




It's new year 2013!! Bring it on! :) More challenges, more prosperity, more meaning, more knowledge, more love, more and more and more!

Ho Hey! 2012 was a great year, with some of it sweets, some of it tears, welcoming new things, saying goodbye to some other, new places, new faces, there's ups and down - most importantly what I learnt from it. What it shape me to what I become today :)

Ho Hey! The song is a regret that his girlfriend choose someone else, but he keep on positive. Ho Hey! That's what I'm trying to be for 2013. I might failed some on 2012, but I'll try again this 2013! Ho Hey!

Best of luck to me and everyone else. Let's try to make ourselves beneficial to this world by giving more to other but expect less in return. InsyaAllah, Allah know's best of what inside our heart. We'll get back what we give. Try to live free from human appreciation, let Allah alone rewards us :)

Gambatte kudasai :) With great power, comes great responsibility! 

Friday, 9 November 2012

November rain

It's rainy season, sick season, cool season, flood season; it's November rain :) I like rain! I like that finally it's November. It's been so long 5 weeks for October! We are one more month before another year's end. How is your year 2012?

I can't recall clearly, but roughly it's a busy year. Some big things happened, learnt new things, old people pass, come new generation - time really flies! Just sometimes especially when it's on the highest peak of busy, I don't seem to realised that I might or might not making anything for ME yet.

Growing old is mandatory, growing up is optional - says some clever quotes. I think I'm growing up, a lot wiser than before. When I accidently look back into the milestone I prepared for my first year job, I feel funny! Because I can't even understand what I'm planning there! But as I compare to my latest milestone, I found out that I'm getting matured. The way I present it is more clean and clear. Thats in a year of my job...insyaAllah, although theres a high and low, everything is under control. Allah never test us on things we can't bear :)

Lately been on the tested bank as well, I think the reason is because I forget about Him in my daily activities. Wonder how some people can do the same life activities maybe even busier and important than me, but still theres Allah in their heart and mind. They must be some sort of - great people :) At a time, I also feel like I just do His chores, especially when I stucked on something, no idea or solution, and I have no experiences or whatever to deal with - but He insight me the way, out of nowhere! Really, He is truly a listener and the most great. Allahhu Akbar!

Now alhamdulillah, I'm trying to get back on track.  Shame how a little human like me can put ON/OFF button with my relationship with Allah, who gives me a lots. But think back, it's a way to learn. We never knew what is moment of glory if we never been tested, right? So with me, I think I'm trying to be a good person. So of course on my way to achieve my aim, I will be tested to see how strong my aim is, and hopefully when I pass all challenges/tests it is a truly good person with quality I can be. ameen.

So actually I'm sick, got flu. Not so serious but managed to caused me headache etc I thought to get MC but this month is a little broke! haha So I will just rest at home this weekend. Or maybe walk in the park in the morning, something so great to do! :)

And yes, to all people whom talked to me today about how burdened their life is - thanks, you make me realised that I'm not the only one with problem. And your problem is actually bigger than mine. Don't worry, do something and pray a lot. InsyaAllah, He will show you the way :) And alhamdulillah too, because He had help those who talked to me with their problems before. I hope everything is and will getting better.

My conclusion is - read this doa' a lot :) But most importantly, rely on Him truly. InsyaAllah He will show you some 'magic' :)