Friday 23 March 2012

aku dan rumput

Balik dari penang petang rabu lalu. walau pun semua terasa excited pada awalnya, rupanya ditengah tak begitu mengujakan! akan kah sekali lagi, penang menjadi tanda aras 'sesuatu' harus 'behenti' ? ah! aku benci penang!

belum pun tugas selesai, quotation untuk second round dah sampi ke tangan AGM. nampaknya ke penang lagi, paling awal bulan depan..kenapa penang? kenapa? tak ada tempat lain mungkin dalam dunia ni! aku dah pergi sejauh beijing, tapi penang juga penamat cerita!

*kenapa salahkan penang? bukan penang yang bersalah...ish

kylie merajuk pagi tadi! bateri kong! aduh..sedih betul! sorry, mommy lupa bateri kamu dah 4 tahun! tak apalah, bukan salah kamu. kamu tetap yang terbaik, kerana rosak di tempat parking rumah mommy. kalau kamu rosak ditengah jalan? atau tengah malam buta? tapi kamu memang tak pernah senakal itu...kamu layak dipuji :)

tapi aku sedey juga, kerana perlu bergantung pada orang lain! aku benci! benci kerana tak memiliki sesuatu yang dipanggil kepunyaan!

terasa nak demam, rushing dari broga pagi ahad, petangnya ke penang, dan balik dari penang sibuk mahu siapkan report. tapi ofis baru harus dilengkapkan dan dikemas minggu ini juga! dengan mac pc yang aku tak pernah pakai, tentu kerja jadi lambat sedangkan aku mahukan secepat mungkin report.

malamnya diajak meneman kawan menghantar persalinan, walau sudah di'hint' berkali-kali yang aku penat dan sudah sedikit bengong, dia mahu juga pergi. nasib baik, doa dimakbulkan, last minit, dia kata tak jadi :) dan aku tidur terus, menenangkan sakit kepala yang berdenyut-denyut!

sejak beberapa minggu lepas, aku diharamkan membawa atau menyiapkan kerja ofis di rumah! haha sengaja mahu berehat. tadi ada kawan bertanya, ko demam ke? mata ko bengkak. haha belum lagi..baru terasa nak demam jek :) i'm still strong :) *ayat-ayat berbau bengong!

dalam banyak perkara, dalam sibuk-sibuk aturcara; sebenarnya aku sedang memikir satu je perkara. haruskah aku pegang 'rumput hijau' ini hingga ke akhirnya? kerana aku mungkin tak akan jumpa rumput hijau lain, kerana aku tak boleh berpatah balik, kerana aku perlu teruskan perjalanan hingga ke hujung. walau pun 'rumput hijau' ini 'tajam' dan selalu buat tangan aku luka...akan berbaloikah ia?  

klik sini untuk pergi blog 

No comments:

Post a Comment