Monday 17 September 2012

Brunei here I come!

Aku baru perasan, rupanya untuk birthday aku tahun ni aku tak post apa-apa! Haha nampaknya aku terlupa! Busy dengan benda lain, yang mungkin tak ada kaitan dengan aku. Hingga akhirnya aku tak buat apa-apa pun untuk diri aku! Ceh...

*So ini adalah backdated post. Sementelah tadi pergi rumah ofis mate Nad yang baru menukar status menjadi Puan. Tahniah! Aku memang tak selalu pergi rumah orang kahwin, kalau pergi pun mcm nilah, hanya rumah member terdekat..well, balik tu dengar DJ tu membebel; kalau ada sesiapa yang pernah tersepit memilih antara cinta dan kerjaya, pilihlah cinta kerana kerjaya kita tak akan pernah berhenti meminta kita mengejarnya!

So birthday aku yang ke 28 tahun ni aku berjaya menjejakkan kaki ke Brunei. Negara ni sejak dari aku tahu tentangnya memang telah menimbulkan keinginan untuk aku tengok sendiri. Apa yang aku nak sangat tengok? Mungkin sebab aku didedahkan dengan gambar perkahwinan anak Sultan Brunei masa tu, dan gambar kahwin diorang sangat 'unik'. Kebanyakkan tetamu dan most Bruneians pakai tudung! Susah nak nampak rambut sanggul-sanggul dalam hall yang besar kilau kemilau tu! So itu antara sebabnya..aku ingin nak tengok the real Brunei!

Kalau ikutkan, plan ni hampir ditangguh sebab masalah keawangan. Tapi entah macam mana, memang dah rezeki nak tengok Brunei, masalah diatasi dan 17 Sept 2012 lebih kurang pukul 4am misi aku mengembara ke tanah asing itu pun bermula. Sepatutnya flight aku pukul 7 sekali delay sampai 2 jam! Nak muntah aku tunggu 2nd plane dalam pukul 9am. Aku hadiahkan lagi diri aku, sebuah buku "It's Not How Good You Are, It's How Good You Want To Be" untuk mengisi masa lapang.



Akhirnya flight aku sampai dan dengan Bismillah (juga seperti biasa, harapan supaya aku tak pulang lagi! haha) aku pun naik plane tu dan sebaik duduk, aku dah tak peduli lagi apa pun yang flight attendant tu nak bebel! Aku terus doze off! Celik-celik dah berlegar di ruang udara Brunei, waiting to landing. Berdebar kejap, how is Brunei. Am I be ok since I'm travelling alone?

Sebaik turun dari plane, jejak kaki ke Brunei International Airport yang sungguh-sungguh sederhana! Jauh kalau nak dibandingkan LCCT apatah lagi KLIA! Memang sangat sederhana dan lama. Mungkin sebab tak banyak flight into Brunei, mungkin ramai memilih jalan darat dari Sarawak, jadi lapangan terbang tak perlu hebat-hebat.

Aku dah arrange dengan hotel untuk transport, so sebaik sampai diorang dah tunggu. Terkejut dia tengok aku yang datang sorang-sorang, dan lebih terkejut sebab aku dah kerja! Haha Dia ingat aku student! *Happy 28th birthday by the way! :D

Exchange rate masa aku pergi hari tu ialah B$2.6 to RM1, jadi aku agak berhati-hati mengatur belanja. So sementelah ada satu pasar malam 'Tamu Kianggeh' seperti yang diberitahu hotel staff tu, dekat je, so aku plan nak cari makan kat sana. Sekali aku terjaga dah azan marghrib! Terpinga-pinga sekejap sebab cuaca masih cerah, jam pun baru pukul 6 lebih. Tapi dah masuk marghrib. Alamak, aku suda terlepas tempat makan. Cadangnya nak pergi jalan-jalan cari makan, tapi takut pula!

Belek-belek buku menu, rasa tak mahal pun! So aku pun buat room servis! Pergh..kat Malaysia memang tak buat lah kalau room servis tu. Tapi aku tengok rate kat sini, walau pun hotel, ratenya tak double-triple pun. Itu yang aku buat room servis. Menu yang aku pilih ialah Tomyam, Nasi goreng telur masin dengan ice lemon tea. Total B$17..kalau convert memang mahal, tapi kalau ikut rate hotel murah r! Better dari aku jalan kaki malam-malam dengan tak sure business hour Brunei sampai pukul berapa..



Lepas makan tengok tv sambil 'bercerita' dengan angin dan meninjau rumah orang kaya depan hotel aku. Banyak giler kereta dia! Kata hotel staff situ, itu rumah 'Pehin' atau pun orang besar sedara mara Sultan. Siaran tv tak banyak, movie lama, so aku biar je sambil 'study' buku Introduction to Brunei. Banyak juga info yang aku dapat. Contohnya kat Brunei, makanan non-halal tak boleh dihidangkan di kedai-kedainya. Arak pun tak jual in public. Pendidikan adalah percuma. Minyak memang sangat murah, kereta paling banyak atas jalan ialah Vios dijual pada harga B$4000 kalau tak silap. Tapi industri kereta mewah kat Brunei memang menarik, sebab diorang cepat tukar kereta. Sebab kereta murah kan..In term of business, kalau boss aku nak melabur kereta mewah kat Brunei dengan industri makanan halal, memang best.


So malam itu tidur dengan doa yang panjang, manalah tahu kalau-kalau jodoh aku ada di tanah ini..HAHA

Esoknya, kalau ikutkan aku terlewat subuh. Subuh diorang masuk pukul 4am, aku kunci jam pukul 6.30am! hihi Erm...tak apa, Allah maha tahu. Lepas tu, breakfast. Sebab tak ramai hotel guest, so diorang tak hidangkan buffet. Personal order, baru cadang nak makan banyak-banyak! hahaha Lepas isi perut dan belek-belek surat khabar Brunei, aku pun keluar dari hotel untuk jalan-jalan. Kebanyakkan kedai tak buka lagi, operating hour diorang pukul 9 atau 10. Masa aku keluar tu pukul 8 lebih kurang.



Seperkara menarik tentang Brunei ialah papan tanda mesti ada tulisan jawi. Standard Chartered dengan Citibank pun ada jawi, KFC malah restaurant jepun pun ada signboard jawi! Segan aku sebagai orang Malaysia. Kalau ikutkan rumpunnya sama, agamanya pun sama..Tapi tak apalah, itu satu kelebihan Brunei dan keunikannya. Aku jalan-jalan mengelilingi Kampung Air, masjid Omar Ali Saifuddin yang dengarnya berbumbung emas, Stadium rakyat, kompleks perniagaan baru yang ada beberapa mall etc Panas! Walaupun baru pukul 9, tapi matahari terasa mengigit. Sebab tak tahan, aku pun balik hotel. Btw pukul 10.30 ada 45 minit free tour arranged.


Masa tunggu nak tour tu la berkenalan dengan seorang lecturer Taylor College Australia. Dia orang China, tapi migrate ke Australia. Aku pun sembang pasal Beijing etc Since tour guide tu tak pandai speaking, so aku kena translate. Family dia dah tunggu kat Penang, so dia memang tak boleh delay flight ke KL ni. Dia sama macam aku juga, 1 night stay je at Brunei. Tengah hari tu visit Royal Regalia, masa free tour tu lalu depan Istana Nurul Iman dan singgah sekejap kat Masjid baru diorang, Masjid Hasanal Bolkiah.


Bandar Sri Begawan tu kecik je, dan dari hotel aku boleh jalan kaki je ke hampir semua lokasi pelancongan yang terkenal kat Brunei. Sebenarnya Brunei tu biasa je, kalau nak dibandingkan dengan KL pun ada lagi banyak benda menarik. Tapi Brunei mengekalkan sifat humble walau pun kita tahu Brunei adalah negara terkaya Asia sebab ia negara pengeluar minyak. Trip berakhir dengan penerbangan balik ke KL pukul 2pm lebih hari tu.

Overall, impian menjejak kaki ke Brunei tercapai dan walau pun Brunei biasa je, ada perasaan best yang tak sama dengan negara lain. Am I coming back to Brunei? YES! I would love to, in a few more years. Dan mungkin juga pergi Brunei hari tu dengan tak sengaja mengutip berkat perkahwinan puteri Sultan Brunei yang berlangsung beberapa hari kemudian...

next year hint? hihi

No comments:

Post a Comment