Saturday, 17 September 2011

misi 27

misi berakhir dengan cepat. kurang dari 24 jam yang dirancang. tapi yang penting misi berjaya... :D



sebelum misi dimulakan, aku dah pun menandatangani 'non-disclosure' agreement HAHA bahawa aku tak akan mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan misi ni! huiyoo..macam misi apa!? tapi misi ni agak poyo lah, sebab aku pun tak pasti kenapa tempat tu? kenapa pada hari ni? apa yang penting tempat tu memang pulau, tapi dia tak join sama...(*dan bukanlah pulau indah, ye..! hahaha)

walau apa pun, aku cuba berfikir positif. tak menganggap ini perkara buruk yang boleh berlaku pada aku. perkara ni sudah dijangka, cuma aku yang menafikan realiti! dari awal lagi...hihihi tapi tak apalah, aku harap ini permulaan yang baik, untuk sesuatu yang lebih baik. jauh lebih baik, untuk seluruh hidup aku...

cuma bila kat sana, solo, keluar dari 'safety bubble' kylie, terasa macam sungguh tak selamat! yelah, i'm in foreign land. jauh dari sesiapa yang aku kenal. jauh dari sesiapa yang aku tahu. tapi itu memberi aku lebih banyak sebab, untuk lebih kuat. untuk lebih tega...hihi mungkin ini pelajaran berguna di sebalik misi ni!

tapi masa breakfast, tetiba dengar lagu ni "wish you're here". adeiiii sakit jantung den sekejap! yup..tidak dinafikan, wish you're here..share this few odd hour of my life in the whole year, in this specific date..but the fact, maybe you're enjoying it with someone new..haha it's ok, i'm doing good thou..

won't say much, i hope i leave behind all the bad things, all those sad things, there..! it's a point of a better beginning. for my life, my study, my carrier. i hope when i reflects a year from now, i can proudly say; i'm better than a year ago!

go cik rebellious, go! *and happy 27th birthday! :D  

Wednesday, 14 September 2011

cool

post ni ditulis dengan rasa lega yang teramat sangat, dapat drive inside kylie, with cool air!! :D

air cond kylie dah lama sangat tak kacau, since take over on 2006. tapi lately rasa nak touch-up here and there a bit, so aku refil la gas tu bagi sejuk. hmm..bertambah bestlah pemanduanku! sekali tak berapa bulan ada piping yang bocor pula! kena service. then cool balik...but few month later, sekali lagi aku kena drive inside kylie ala-ala sauna! adeii..

sedih betul! especially semalam since tak boleh drive langsung! hujan lebat sangat-sangat, and guest what? dlm kylie dah fogging giler2! kalau aku gatal drive juga, memang saja nak 'kiss' keta lain la tu!! anyway, sedih tu dah bertampal hari ni. sebab cost baiki pun tak begitu 'membocorkan' poket and dah boleh drive dengan selesa balik...coooooooooool.. :D

speaking of cool, last saturday kitorang 'open house' kat genting! (last year kat sunway lagoon, ingat x?). despite genting tu bukan jauh sangat pun, tapi selalu pergi sendiri or dengan kawan-kawan. kalau pergi dengan family pun, family kecik. but this time pergi dengan my parents, family adik and akak aku. so meriah juga lah dengan anak buah aku yang (*sebenarnya ada 3 orang je!) macam-macam kerenah tu..tapi fun la :D

naik tu (by cable car since my parents belum pernah try lagi! hihi) tak nampak apa pun, sebab berkabus. baru lepas hujan. tapi turun tu memang clear and siap ada background music. bunyi monyet dengan burung hutan! haha (disamping bunyi kitorang menyakat anak buah kitorang yang gayat rupanya! like father like son hahaha)

Mia c-comot! kiki





aku suke tengok tiang ni..!
lost in thoughts? *dad can be so serious..
rombongan che' kiah...
i'm gonna LIKE this picture :D *thats my dad-lah
tu pula telinga ASTRO RIA adik aku! ahahaha

aku rasa, apa yang paling cool is spending time with people you love most. you cared most. having them around, is such a big contentment for me! i hope to have more good days like this in the future. yup! more... :D

Friday, 9 September 2011

surprise!

ko pernah rasa tak? tiba-tiba semua harapan dan doa ko tak termakbul. macam abu yang terbang ditiup angin. terbang, hilang tak berbekas di tapak tangan! macam mencurah air di daun keladi, dengan harapan daun tu basah. tp air tu laju je meluncur jatuh ke bawah! tak berbekas pun pada daun tu...

aku pernah rasa macam tu. macam tak ada 'sesiapa' mendengar aku. dunia ni yang kecoh dengan segala perang, segala hiburan bingit ~ macam tak ada bunyi langsung! senyap sepi biarpun ada berapa billion manusia berkongsi dunia ni!

ok, then ko pernah tak rasa takut? takut dan tak percaya? sebab apa yang ko minta atau pun yang pernah ko impikan, yang dulu terasa macam terbang tak berbekas di tapak tangan, tiba-tiba terjadi depan mata. jadi kenyataan!

haha :D

mesti ko rasa skeptikal sekejap? betul ke nih? aku mimpi ke? (*sambil cubit pipi montel berkali-kali!). tapi ko memang tak mimpi, dan ini memang benar-benar terjadi. (*ini bener Dinnnn, bukan cobaan!). ok - ok stop teasing..

ekhem...ok aku pergi interview tadi. aku belum tahu dapat atau tak, tapi aku sangat suka! sebab kompeni tu ada ciri-ciri tempat kerja yang aku impikan. pernah impikan. aku teringin nak cuba, sebab tengok dalam tv etc 'kedamaian' tu macam best jekkk..dan aku pernah juga dengki sebab aku tak pernah jumpa atau pun dapat offer dari kompeni macam tu..

honestly, aku search masa ramadhan hari tu. ini mungkin salah satu 'keajaiban' dalam ramadhan tu sendiri bila akhirnya doa aku supaya kompeni tu contact aku, termakbul. dan alhamdulillah juga, interview tu berjalan baik. aku rasa confident dan diorang pun nampak confident dengan aku. confident dan selesa. cuma belum lagi bagi apa-apa keputusan. insyaAllah aku harapkan yang terbaik :)

tolong doakan aku yer..moga-moga ini pelabuhan kekal untuk kapal persiaran mewah virgo ni berlabuh! hahaha :D

honestly juga, aku tetap rasa bimbang sebab kalau dapat, role ni pun besar. tapi what makes me excited is because role ni adalah apa yang aku selalu dan pernah impikan sejak aku tamat spm dulu. aku selalu berangan-angan tentang ni dan ada cita-cita besar di sini! teng3x

hehehehehe aku sebenarnya tak boleh kontrol sengih sejak tadi! rasa bersyukur yang teramat sangat! rasa nak gelak, sebab kadang-kadang aku rasa tuhan selalu surprise aku dengan sesuatu yang macam ni! erm...aku tak pasti nak bagi korang faham macam mana. tapi inilah yang aku rasa, surprise!

best kan kalau ada orang surprise ko something yang ko tak expect. mungkin ko pernah cakap, tapi lepas tu ko sendiri lupa tentangnya. tapi ada seorang yang diam-diam, menjadikan kenyataan apa yang ko cakapkan tu! hahaha *sweet sangatt..

alhamdulillah, rupanya selama ni kalau aku perhati betul-betul, banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku ada kaitan antara satu sama lain. seolah-olah menyediakan aku untuk sesuatu yang bakal berlaku. kadang nampak macam aku melompat sana sini tak tentu hala. sampai aku pun tak faham! tapi, akhirnya bila sesuatu tu terjadi, baru aku sedar, ada kaitannya dan ada 'tangan' tak kelihatan yang mengatur semua ni..

aku rasa hidup semua orang pun macam ni. antara orang tu sedar atau tak. aku yang masih tak sempurna lagi hina ni, mencadangkan, berhenti sekejap dari sibuk kita sekali sekala dan renungkan apa yang terjadi. kita akan mendapati, tak ada ujian yang kita tak mampu hadapi sebenarnya! tak ada harapan kita yang terbiar kosong tak berjawab, cuma mungkin lambat. dan paling penting, kita istimewa. sebab kita dibuat tanpa kesilapan, oleh 'master' yang tak pernah silap dan yang tahu segala yang terbaik untuk kita!

so untuk semua, jangan berhenti berharap...siiiiikkkiiittttttttt je lagi tu! chayo2!! :D

Thursday, 8 September 2011

domo arigatto gozaimas

walau pun tajuk post ni dalam bahasa jepun, tidaklah aku termampu menulis post ini dalam bahasa tersebut! hahahaha

hari ni aku nak menuliskan penghargaan buat kawan-kawan yang menyokong aku dan tanpa sedar sebenarnya bimbang tentang aku, lebih dari aku sendiri! hihi *hontoni, arigatto gozaimas!

aku melarikan diri dari iql hari ni secara rasmi setelah melayangkan surat chenta tak berbalas semalam! (tak payah balas pun tak apa! i pun x sudi terima...). buat pertama kali aku 'bermain' tanpa peraturan! selalunya akulah orang yang sangat patuh dan teguh dengan undang-undang. tapi tidak kali ini!

bagaimana aku 'tergamak' melarikan diri, adalah bertitik-tolak dari episod penyiksaan terhadap otak serta jiwa raga ini secara bertubi-tubi! (hahaha start mengarut dah!). hasilnya aku menjadi lali dengan ketakutan bermain tanpa peraturan lalu hanya mementingkan kesejahteraan perasaan aku sahaja!

maknanya macam ni ~ aku tak peduli lagi pasal mereka. kerana aku rasa mereka pun tak begitu peduli tentang aku!

ops! jujurnya mungkin beberapa dari mereka baik je dengan aku. normal dan berperikemanusiaan serta tak ada masalah. kecuali 'manusia' yang satu itu! kerana hanya itu saja maka segalanya pun nampak buruk dan menjengkelkan! dan aku benci bila perlu mengulang menipu diri berkali-kali dengan datang ke tempat kerja yang aku tak begitu nak pergi! aku benci!

akhirnya aku mengambil keputusan ~ tak perlu pergi lagi. dan jangan pernah pergi lagi...


ok, tutup cerita di atas. cukup sampai di situ saja. aku tak nak tahu lagi...jadi hari ni biar pun kelihatannya aku tenang-tenang dan saja-saja di rumah, hakikatnya kepala aku sarat juga dengan idea bagaimana menjana akaun bank aku bulan depan? kerana hakikatnya aku masih hidup sehingga ... erm sekurang-kurangnya bulan depan aku masih hidup, mungkin!

alhamdulillah, doa ku seketika di hujung ramadhan dimakbulkan tuhan. company yang hati aku bagai tertarik-tarik nak apply, menelifon aku untuk interview. esok, 10.30am. walau pun sejauh +/- 30km dari sini, (dan tiba-tiba aku bimbang tentang daily travel expenses!) aku ingin teruskan mencuba. mungkin ini ada baiknya untuk aku..

mencuba, kan tak pernah ada salahnya..kan? kan?

dalam masa yang sama, kawan-kawan ku yang baik hati mahu merekomendasikan aku pada bosnya buat kali ke-2! terima kasih kawan, aku bimbang juga kalau aku tak seperti yang kamu harapkan! nanti tentu kamu lagi malu dengan bos kamu! oleh itu, sorry ~ in advance!

jangan paksa bos kamu terima aku, kerana apa yang nalurinya rasa pada kali pertama berjumpa aku mungkin tepat. dia bos, dia berhak memilih siapa yang dia rasa layak dia terima..jadi, jangan paksa-paksa dia, biar pun kamu bimbang hakikat bahawa aku jobless sekarang!

paksa. sebutan ni buat aku terfikir sesuatu. buat seketika ini, aku sangat-sangat tak mahu memikir apa yang aku mahu. tak tahu dan 'tumpul' atau mungkin kehilangan 'deria rasa' untuk menaksir apa langkah yang harus aku ambil sekarang. mungkin nak apply kerja apa? mungkin nak kerja di mana? mungkin berapa gaji aku mahu demand? etc

serius! hilang deria rasa! hilang selera! belum tahap putus asa, cuma mungkin masih bengang lalu belum lega dari 'cedera' itu. owh~dramatik!

beberapa hari ni, rancangan melarikan diri ini aku putuskan patut menjadi satu lagi 'push factor' untuk aku. macam kali pertama dulu semasa kes hamada. masa tu bukan lari, tapi company tutup tanpa black and white! terpaksa pandai-pandai bawa diri keluar dari ofis! kemudian jobless for few month as the push factor aku mencuba sungguh-sunguh di imt. berjaya! dan aku harap ini juga rancangan yang berjaya..kalau tak? kfc depan rumah! hahahaha *seng! kata wani  

inilah aku! terumbang ambing, masih. entah bila perahu eh silap! kapal persiaran mewah virgo ini akan berhenti belayar dan berlabuh dengan tenang...

HA-HA-HA ketawa. pun tak pernah ada salahnya untuk ketawa, pada masa sedih! kan? kan?

Wednesday, 7 September 2011

viva la vida

I used to rule the world
Seas would rise when I gave the word
Now in the morning I sleep alone
Sweep the streets I used to own

I used to roll the dice
Feel the fear in my enemy's eyes
Listen as the crowd would sing
"Now the old king is dead! Long live the king!"

One minute I held the key
Next the walls were closed on me
And I discovered that my castles stand
Upon pillars of salt and pillars of sand

I hear Jerusalem bells are ringing
Roman Cavalry choirs are singing
Be my mirror, my sword and shield
My missionaries in a foreign field

For some reason I can't explain
Once you go there was never
Never an honest word
And that was when I ruled the world

It was the wicked and wild wind
Blew down the doors to let me in
Shattered windows and the sound of drums
People couldn't believe what I'd become

Revolutionaries wait
For my head on a silver plate
Just a puppet on a lonely string
Oh who would ever want to be king?

I hear Jerusalem bells a ringing
Roman Cavalry choirs are singing
Be my mirror, my sword and shield
My missionaries in a foreign field

For some reason I can't explain
I know Saint Peter won't call my name
Never an honest word
But that was when I ruled the world

I hear Jerusalem bells a ringing
Roman Cavalry choirs are singing
Be my mirror, my sword and shield
My missionaries in a foreign field

For some reason I can't explain
I know Saint Peter won't call my name
Never an honest word
But that was when I ruled the world



*why with this song? because somehow the rebellion flag introduced, today!


muahahahahaha!



Tuesday, 6 September 2011

because you're special

i read something funny today. almost made me cry, because behind the few pages of the book, it contain millions hidden messages! it doesn't exactly writes about you, or me, it's depend on how you think you can relate it to your life and find the lesson.

because God always 'speak' to us in a special way only your heart would understand...

don't let a pigeon drive a bus
it's a bed-time story book. it's not so fancy, it's not literature long with words. in just few lines, it teach the little soul about affirmation. don't let a pigeon drive a bus! no matter what they offer you! :D

hope for the flower
it's about caterpillar (who can read!) about there's always more than more in life. it's always more than just climbing the pillar to nowhere, it's always more than just eat, sleep, laughing, loving etc it's more, more than that. and to get more, there's always more ways than just climbing up. because they can always fly!

because you're special
best is the pinocchio-alike story. in a world where all the wooden-doll live. they always gives dots of gold or grey to each other. until this one doll frustrated because he gets more grey than gold dots. he walk to meet his maker and advised that there's a she-doll who don't have any dots on her simply because she believe the dots is what other doll assumption towards her, not what she think about herself!

the maker advise he-doll to see him everyday and then only he-doll can be like the she-doll. the maker reaffirmed that he-doll is special, because the maker makes him. and the maker make no mistakes!

got the message? hmm...ok-ok..we are special, no matter how people look at us. what our differences, whatever our weakness, it's what makes us special. and why we're so special? because God made us that way. even if we have no hands or legs or perfectly normal. because God make no mistake! got it?       

Sunday, 4 September 2011

raya ku 2011


yo! dah lama giler x menulis apa2..! memang cuti betul2 nih!! memang raya! wahahaha x de lah...raya biasa je, tak terlalu meriah. x terlalu biasa..ngeh3x so this is my report for this raya 2011...teng3x

aku balik kampung dengan berkobar2 sambil mengambil cuti emergency pada hari sabtu tu! aku patutnya 1/2 day tapi tengok kak ana housemate aku yang bersiap balik kampung pagi tu, dengki plak rasa kalau aku pergi kerja! kakakak so dengan selamba badak (badak pun x selamba macam tu!) aku pun sms bos aku cakap change plan! amboih...lagak cam kompeni tu aku ada syer besar! huahuahua jahat sungguh!

then lagi selamba badak, ajak kak yatie pegi beli kuih raya! ahahaha bukan kuih raya pun! kerepek/snek untuk raya..aku pun tak tahu nak panggil apa panggil je la 'jajan' raya! ahaha so then ingat nak pegi teman adik aku shopping, tapi dia x jadi plak. so aku pun terus je balik kampung dengan girangnya! wuhuuu...

sepanjang jalan kereta masih tak banyak, dan masing-masing pun drive dengan sangat berhemah. ops sikap..bagus juga rakyat malaysia nih! :D despite driving around 80-100 km/h je, aku sampai awal juga lah. not in a hurry except bila masuk tangkak which is x de speed trap etc kat situ boleh la bawak 100> since keta tak banyak lagi and jalan tu pun x de polis. haha cuma bila ada lori or driver yang sangat-sangat berhemah je, kena la bawak bersopan santun. eh? mengekor dengan bersopan!

then sampai le ke halaman yang dirindu! kikiki

aktiviti kat kampung menjelang raya memang banyak. amik 'tender' majlis daerah (hahah) kemas keliling rumah and basuh tingkap! adeii sampai lenguh tanganlah! tapi terasa best and terimbau kenangan lama. sejak dulu aku memang selalu jadi tukang basuh tingkap! haha sampai tak perasan ada cermin! banyaklah orang eksiden terlanggar pintu cermin tu! ahaha tapi itu maknanya kerja aku memang best! (ceh! puji diri sendiri!)

then sebab cuti raya yang agak panjang, kebanyakkan aktiviti macam pasang langsir, anyam ketupat, masak-masak etc boleh dibuat dengan perlahan-lahan. no urgent. 1 by 1. tapi aku dengan adik lelaki aku anyam ketupat sampai pukul 4am! haha sambil-sambil sembang, dengar lagu raya, sampailah kena 'gelak' dek 'cik pon' yang mungkin baru 'dibebaskan' dari rantai sempena bulan ramadhan..ahahaha *tapi bapak aku kata tak. entah, nanti lain kali aku buat research pasal nih! hihi jangan biarkan diri anda diselubungi misteri........

tahun ni juga antara tahun yang aku tak banyak dengar takbir raya dari tv @ radio. maybe sebab tak berada di depan tv seperti raya-raya yang sebelumnya! sibuk menyiapkan makanan dan amik tender basuh pinggan pula! hahaha tapi aku memang tak gemor kalau dapur bersepah dengan pinggan-cawan, lagi pula ramai tetamu nak dihidang. nanti tak cukup pula stok pinggan-mangkuk mak aku! :D

tahun ni melawat mak cik sebelah bapak aku (yang ada rendang campur tu) lebih awal dari selalu. selalunya lepas zohor, tapi tahun ni seawal tengah hari! sebab lepas tu nak melawat pusara (sebenarnya aku lebih suka guna istilah rumah baru!) nenek aku. cam biasa juga, aku memang sangat tak boleh tahan air mata kalau pergi kubur. bukan sedih sangat, tapi mungkin mengenang yang dah tak ada. yang sebelum tu ada, tapi sekarang dah tak ada lagi...

hari raya pertama dan kedua kitorang dah settle round rumah adik beradik, dekat-dekat jek pun area situ-situ juga. so lepas tu tunggu sedara mara datang berkunjung. as usual sedara aku belah bapak suka betol datang macam rombongan! adalah 20-30 orang sekali datang! ceh...nasib baik abang aku dah balik dari perlis, at least adalah tenaga tambahan masak-memasak kat dapur! kalau tak, cuma aku ngan adik lelaki aku jek! adeiii..

lepas diorang balik -- terbongkang tido! keletihan! hahaha tapi tulah bestnya raya :D kumpul sedara mara yang maybe kalau selisih bahu kat luar, sure tak kenal punya! (aku lah tu...kikiki)

highlite lain ialah ... erm.. a.. eee... alamak! aku dah lupa! sebab aku tulis nih sesampai kat k.d. seminggu dah berlalu, sampai aku lupa dah! tapi yang paling tak menarik -- esok keje dah!! aaaaa...sedih nyeeeee...pastu all the way dari segamat to kl, radio asyik pasang lagu raya! x aci...!!! rasa macam nak patah balik -- balik kampung! ho ho ho balik kampung! ahahaha

hem..so far alhamdulillah. semuanya selamat dan dah selesai. misi memohon maaf pun berjaya dilaksanakan biarpun ada juga sedikit 'gangguan' yang tak dapat dielakkan. kalau ikut kata adik aku, bukan kita yang buat salah! tapi harap kemaafan dari hati yang ikhlas akan mampu mengubah 'manusia' ke jalan yang kebih baik. insyaAllah. seperti yang aku pernah tulis sebelum ni, meminta maaf memang mudah. tak semudah memaafkan...tapi, marilah kita maaf-bermaafan sempena syawal mulia ini :D

anyway aku sangat teruja dengan pelita, ketupat, takbir raya, lagu raya dan aktiviti ziarah menziarahi ni! biarpun bapak aku beli ketupat segera, aku lebih rela menganyam ketupat biar pun sakit-sakit pinggang duduk berjam-jam menganyam. :D takbir raya pun best, sayu dan penuh makna. tapi aku tak rasa 'kosong' tu lagi tahun ni. hahaha mungkin dah terisi sikit kot ngeh3x *dia jek tak tahu...atau pura-pura tak taw. oit my mom dah bg green light taw wakakaka

pelita raya tahun ni adik aku buat gempak! habes sampai dalam rumah pun dia pegi wiring pasang lampu kelip-kelip! adooii terbakar plak poket bapak aku nanti time bayar bil! ahaha selain tu pelita minyak tanah sure ada. sampai padam-padam bila kitorang 'perang' mercun malam raya! kayo pak cik! *kata penjual mercun!

oklah..mesti bosan korang baca. anyway aku harap raya korang semua lebih meriah dan indah lagi! lebih bermakna. dan moga-moga apa pun kebaikkan masa ramadhan dapat diteruskan sehingga bila-bila. dan harap dapat jumpa lagi syawal akan datang...adios

love all, take care :D