Friday 11 November 2011

i want 1 ~ too..

haha..tarikh hari ni best! Sempatlah aku menjeling jam kat laptop bila "11/11/2011 11.11AM" tadi pagi. Dan lepas tu semua orang pun sibuk pasal tarikh hari ni. Dalam hati, ler? Baru tau ke tarikh hari ni cun? Aku dah setahun perasan! :D

Paling tak tahan, lepas tu Mak cik Soseh pun memutarkan lagu "Berdebar rasa hati, bercampur dengan rasa suka. Hari yang dinanti, sudah sampai lah masanya...bla bla bla" Aku tak tau tajuk lagu ni. Tapi time orang kawin selalu ada pasang! Sebab kitorang punya officemate hari ni last jadi "cik", minggu depan sudah bergelar isteri orang daa...

Well, aku tak de perasaan! haha Hari ni rasa macam tak buat apa pun..Pagi sampai tengah hari aku study financial part yang bodoh tu! Hahaha aku cakap bodoh sebab aku kena study balik segala teori financial tu. Kalau tak, aku pun tak tau nak tulis apa...bukanlah teori tu yang bodoh, melainkan....erm...aaa..aku ke??? hahaha

Then tengah hari aku survey kek kahwin untuk member aku ni ha..sekali mak cik Soseh lalu belakang aku. Ha, ni apa kek-kek wedding ni? Meh la join the club..! Tak habis-habis nak ajak aku join 'kelab wifey". Best..Yelah tu! (baca dengan muka 10 sen!)

Lepas tu aku pergi tidur sampai pukul 3. Eh-eh jangan salah anggap yer, aku bukan 'ular'..Tapi kitorang memang boleh break setengah jam untuk tido. Hehehe best kan? Oleh sebab hari Jumaat sampai 2.30, tu yang aku bole tido sampai 3pm. Turun-turun je, luxury baby ajak pergi Marche kat Curve. Rupanya boss dah sampai! So kemas-kemas and terus pergi..

Since my house memang 'belakang' Curve, so aku balik awal lah hari ni! hihihihi

Dah lama tak pergi Curve! Jarang pergi sebab sekarang aku dah tak lalu Curve lagi. Kalau pergi pun, Ikano atau e@Curve jek. Kenapa kitorang pergi Marche? Saja tengok konsep. Discuss pasal BP lagi online and offline! Adeh..bosan! Rasa muka aku dah tumbuh kulat kot tiap kali kuar topik nih! Bosan..sebab aku lebih suka buat benda yang dah ada depan mata. Plan-plan ni, memanglah best. Indah semua, boleh belaka! Lepas tu nak realisasikan tu?? Adeiii...

Mujurlah online aku tu next week dah boleh mula mengupload etc So this weekend aku akan sibuk buat background details so next week, bila semua orang 'attack' aku minta itu-ini aku dah ready! hehehe Diorang ni kadang tu buat aku hangin jek! Da tau aku tak de background IT, tanya soalan IT. Aku sepak kang...tensi! Tapi itu je pun yang dia tau nak tanya..sebab tu background dia! Aci x? Tu lagi satu, sweet-toothy aka kaki kipas!

Bagi bab goreng, kat dialah..semua boleh. Semua indah belaka! Lepas tu kat belakang boss, kata tak boleh. Sekeh kang! Hangin jek..Si luxury baby tu dah kena dah sekali dengan aku. Ada ke tanya, boleh buat email nak inform web under maintenance? Ayat power-power sikit. Hek eleh!!! Ingat aku buta kayu macam kau! Walau pun tak terer, setakat nak bagi tau web under maintenance pun susah meh?! Menyampah...aku buat muka 5 sen jek bila dia tanya..Dalam hati, kenapa? Ko nak buat juga email tu?! Buatlah! Ada aku kisah!?

Apesal aku asyik hangin jek nih? Entah. Aku pun tak tau..maybe dah bosan sebab perlahan sangat activity. Biasa aku kan multitask giler-giler. So bila keje aku buat BP yang duduk diam-diam study, aku pun naik berkulat lar..Tu yang semua pun terasa tak kena jek...Grrrrr...

Balik aku singgah Carefour depan rumah. Beli meja, sebab nak bersungguh buat kerja background tu. Hopefully this weekend, aku tapau giler-giler! Monday boleh present! Kau tengok r, luxury baby, aku pun boleh buat BP best r....!

Something best happen! Aku buang kotak tu siap-siap, tanpa mengetahui instruction manual tu ada lukis kat kotak! Aiseh! So aku jadi arkitek/engineer la tadi memasang meja DIY tanpa manual! Hahaha Berjaya lar..Tengok ar sapa yang pasang...! :D Ni sakit-sakit jari sebab putar skru! Huhuhu tapi best, aku memang suka assemble barang...

Tak sabar nak tunggu MG aku! wahhh...i bet, seminggu dah siap! haha Orang lain, amik sebulan mau..hihihi Oklah, perasaan sangat seronok sebab menulis kat meja baru. Bukan apa, sebelum ni meja Jepun. So tak boleh lama-lama, nanti sakit belakang! Orait..aku nak pergi minum, celebrate my success! :)

i'm rocks!! :D

No comments:

Post a Comment