Thursday 10 November 2011

tiada tajuk

Kalau orang putih, di panggil 'untitled'..

Kenapa untitle? Sebab hari ni banyak perkara dan rasa beraduk dalam diri. Di penghujung hari, yang ada adalah tanda tanya tak berjawapan. Selain tu, kisah lama yang malas nak ingat lagi..

Ada 'dingin' perang kat 'cakerawala' hari ni sebab email yang aku hantar. Aku tanya je, nak clarify. Kenapa dia buat BP yang aku buat juga? Sebab aku dah bagi draft aku kat boss, cemana dia pun buat draft dia pula? Mana satu dan siapa sebenarnya patut buang masa buat BP tu?

Si luxury baby ni la, aku tahu la kau senior sikit dari aku, tapi tak payahlah poyo-poyo reply email aku and cc semua orang. Aku tanya dia sorang jek..jaga privacy dia as if dia sangat special! Dia pula reply and cc semua management! Cis! Ini sudah cari perang ni....!

Tak kisahlah kalau kau senior amat-amat pun, tak payahlah buat something yang not yours. As if kau tak boleh cakap dengan aku, minta aku buat BP lebih menarik, bergambar sana sini segala? It's my project! Kau dulu tak belajar 'territoriality' meh? Sebab kau senior kau boleh email apa-apa je? Sebab kau executive kau boleh overshadow sapa-sapa je? Paling penting: Kau dah tak ada KERJA LAIN dah ke? Sampai ada banyak masa nak buat BP aku?!

Kalau free sangat, kenapa dari awal tak kau angkat tangan volunteer nak buat BP tu?! Kenapa tak kau halang boss hired aku to manage the project? Why? I heard kau dah sibuk tak cukup tangan dengan kilang, dengan certify, dengan itu-ini (yang tak nampak apa-apa tu!). Tapi ada masa nak buat BP yang dah terang-terang ada project coord yang handle! Siap ada assistant lagi. Kau nak suruh kitorang buat apa pula kalau kau nak buat kerja kitorang nih? Apa motif kau nih!?

Ishh..dulu si makcik soseh-soseh, ni luxury baby ni pula! Apa masalah korang ni? Tazkirah tiap-tiap pagi dah bagi. Solat tiap Zohor-Asar dah jemaah. Siap ada mini-tazkirah lagi lepas Asar. Tu pun tak cukup bagi korang sejukkan hati tu? Eii kawan, ansar tu tak besar mana pun. Sorong-tarik, dapat kat kita-kita juga. Yang nak berebut sangat ni kenapa? Yang tergugat sangat ni apesal? Tak boleh mesyuarat lagi dah? Tak boleh ijma' lagi dah?

Kenapa aku bising pasal BP tu? Sebab nanti semua orang, tanpa disedari, buang masa buat benda yang sama! Sedangkan boleh buat benda lain. Nanti korang juga mengadu, overload la etc Lagi satu, at the end nanti, apa yang aku draft tak sama dengan yang kau draft..macam mana nak finalised? Nak kena check balik satu-satu...masa lagi...tu pun kau tak boleh fikir? MMU tak ajar ke dulu? Kalau MMU tak ajar pun, kau tak boleh fikir? Dulu kerja Matrade-mark tu tak belajar territoriallity? Superiority? Office communication etiquette? Kau melancong sana-sini, dok agungkan sangat Singapore tu, mende simple macam ni pun kau tak boleh fikir?!   

Ok, dah tamat satu chapter.

Seterusnya: Rupanya perangai si makcik soseh-soseh yang turut mengalami "syndrome-tergugat" tu bukan hanya menjentik hati aku, rupanya webmasta baru aku ni pun sedar! So masa lunch dia mengadulah pasal 'seorang' ni, alih-alih aku tahu sapa! Sangat obvious! Sampai kitorang tergelak-gelak tak sangka kitorang sama pendapat! Hah! Memang sah, webmasta ni pun turut memberi pendapat, yang diorang tu jadi macam tu sebab rasa tergugat!

Masalahnya, siapalah kitorang ni nak gugat korang? Kitorang baru lagi, mungkin ada pengalaman sikit, background company previous besar sikit etc Tapi last-last kitorang kat ansar juga. Maknanya kita sama je..Sepatutnya kitorang yang tergugat, sebab korang dah lama. Boss pun senang faham korang punya mind instead of cara fikir kitorang. Tapi kenapalah korang yang tergugat? Or actually korang ni saja nak bagi tau power korang? Eley aku tak heran! Kau ingat aku heran sangat? FYI masa aku sekolah dulu senior aku (ketua pengawas aspuri) siap nak lempang aku sebab aku tak ingat dia kelas apa! Aku peduli apa? Ada aku kisah kau kelas apa? Kau pun bukan tahu sangat, aku kelas apa! So, fair la!

Huh..lega! Tamat chapter 2..

Next: Terserempak kawan lama, eceh! Kawan? *wink2 Haha Dia memang kawan, kawan yang baik. Selalu pun dia sangat baik. Tapi janganlah baik sangat, nanti orang pijak-pijak kamu! Hakikatnya, kita sama rata. Masing-masing ada kelebihan. Tak ada bodoh-pandai. Dulu aku paling tak suka bila dia mengaku "saya orang bodoh".

Aku speechless.

Dari segi pendidikan, dia memang tak berpendidikan tinggi. Tapi dari segi hati, dia lebih baik hati juga. Selalu ambil berat tentang orang lain. Selalu tak pentingkan diri sendiri. Selalu kacau aku, tapi sebab dia seorang yang pentingkan kawan! :) Dan paling penting, satu-satunya yang panggil aku dengan gelaran yang aku rasa paling comel kedengaran di telinga! wahahaha

Dia dah sedikit berubah berbanding dulu. Bila aku tanya kenapa, dia cakap sebab dulu aku suka usik dia! Dia dah menyesal hingga berubah! hahaha Tapi, jujurnya aku rasa dia yang dulu lebih comel dari sekarang! Betul ni, tak tipu.. :)

Tutup chapter dengan senyum :)

Last: Aku dapat komen dari seseorang. Ok, post tu memang agak kontroversial, tapi itu kebenarannya. I'm rebellious, remember? Thus I wrote what I like.

Rasanya aku kenal dari siapa. Aku tak nak publish komen tu sebab aku rasa tak perlu. Thanks anyway, for the longest komen...

Sebolehnya aku tak nak tahu apa-apa tentang kau. Bukan kerana benci, menyampah dan yang sama waktu dengannya. Tapi aku tak nak sakitkan kau lagi, sebab sakitkan kau hanya akan menyakitkan aku balik! Aku benci perasaan sakit tu..

Aku memang suka batman, tapi aku juga bukan orang jahat!     

1 comment:

  1. fuyooo...hang mmg tgh hot nih!!!!

    hahaha...ileks suda..tapi nnti kene ileks kat soping kompleks la plak kann..hehehe..gurau je :P

    biase la tu wehh..environment when all malays..insyaAllah lame2 ko da immune da..macam k.long haku..dia skang buat "dasar berkecuali"..lantak pi la ngn people with their shallow minded..jajni buat keje hang n tk kaco org..life goes on~~~

    ReplyDelete