Tuesday 8 November 2011

Soal hati

Mari cakap pasal hati..

Aku pinjam dari blog yang aku jumpa..http://suriadihatiku.blogspot.com/2010_06_01_archive.html


"Kata Hassan Al-Banna; Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaik-baiknya!


........


Kalau umurku panjang, akan adakah seseorang yang baik disisiku yang akan menjagaku sepenuh hatinya? Ku tunggu cinta sejati ku dari Allah".


Aku rasa, blog tu budak kecik yang tulis! haha Tapi dia telah memahami dunianya. Bagus! Semoga dia lebih faham bila dia semakin dewasa.. :)

Sejak akhir-akhir ni, kepala ku pusing! Bukan soal kerja, tapi soal hati. Ah! Benci betul! Terasa sangat susah, hanya untuk menterjemah hati sendiri! Setahu aku, aku selalu guna bahasa melayu juga. Tapi entah kenapa, susah pula aku nak faham maknanya! Haish...

Salah ke kalau aku cakap; hati tu memang dalam badan aku. Fizikalnya. Tapi apa yang hati tu rasa, pilih, mahu etc adalah diluar kemampuan aku untuk kontrol. Betulkan?

Dan kerana hati + kepala batu ni, aku terasa dunia berpusing-pusing! Bukan sekali, banyak kali aku persoalkan; kalau tak kesampaian, kenapa manusia ada perasaan? Kenapa cipta manusia dengan perasaan terutamanya cinta/sayang? (Segan sebenarnya nak tulis dua perkataan tu! ahaha See, aku orang besar yang kecik pemikiran!)

Arghhh kalaulah boleh aku buang dalam longkang ke, dah lama dah aku buang. Tak pun, hantar kat rumah 'perasaan yatim'. Ahahaha Bengos..Tapi, tak boleh. The more aku cuba, the more aku pusing! Ok-ok, aku nak kahwin. Aku bukan nak bercinta. Definasinya berbeza sebab tujuannya lebih jelas. Aku nak mulakan hidup baru yang lebih baik. (Two is better than one? Eceh..speaking pula!)

Masalah aku ialah, orang selalu expect aku sudah berpunya! Hahaha Aku pun tak tahu, tang mana diorang tengok tah..dari dulu lagi..dari zaman aku sekolah-sekolah! Well, taklah kritikal. Tapi, sure orang takut nak approach kan? Aishh....runsing!

Sebenarnya, aku tak sabar nak jumpa 'en. ekhem2' ni. Sebab aku teringin nak tahu, cemana rupanya? Siapakah beliau? Sangat hebatkah? Hingga semua orang tak berani dekat aku, sebab dari awal lagi orang dah anggap aku telah dimilikinya..(ahahaha dimiliki? wajar sungguh perkataan nih!)

Tapi tu r, dia tak juga sampai-sampai! Emak bapak aku tu dah malas nak tanya, aku pun dah naik segan dah nih. Adik beradik plak, tak habis-habis nak usik. Ish..tensi..tensi..Aku tak marah pun, cuma kadang tu aku harap tak menghampakan sesiapa. Dan sebenarnya, buat yang beranggapan aku telah berpunya; aku sangat ingin nak bagi tau siapa en. ekhem2 tu, duduk mana, umur berapa, kerja apa...sangat ingin nak tukar status kat fb 'enggange or married to'..sangat ingin nak upload gambar baby kitorang..tapi...

Aku single lagi lar...and aku pun tak begitu suka fact tu! (..muncung..)

Ok-ok, enough there..selebihnya aku nak tulis. Kalau aku panjang umur, wajarkah aku cari hati yang sudi menjaga aku sepenuh hatinya? Sebab aku nak bagi hati aku pada Allah. Bila hati aku ditemukan dengan hati en. ekhem2 tu nanti, cemana pula? Kena pula bahagi dua! Sebab aku seorang yang loyal, virgo-an memang macam ni! kikiki So cemana? Apakah pandangan anda? Mesti runsing!

Soalan orang runsing 'ni' memang selalu merunsingkan! kakaka

Oklah, soalan tu mengarut..! yang sebenarnya, aku tengah sakit hati. Atas sebab-sebab berkaitan di atas juga la..aku tak tahu mana nak cari ubat nih! So aku harap, en. ekhem2 sudi menjadi penguat semangat aku menghadapi hidup ni dan buat persediaan untuk hidup abadi lepas ni. Tu jek...*cepat-cepat sikit datang! akakaka

*ditulis sempena tarikh hari jumaat minggu ni..nge3x bengos tahap merah! tahap amaran dah nih!



I'll never be your mother's favorite, your daddy can't look me in the eye. If I was in their shoes, I'd be doing the same thing

1 comment:

  1. waa...aku pun x saba nk tgk muke en.ekhem2 ko tuh..hihi..yela..everyone deserves better rite?tapi lambat ke cepat, kite trpakselah berserah pada-Nya..sbb Dia yg tentukan prjalanan hidup kite, betul?Aku pun in the same boat as you.So don't feel lonely beb..We can strive this adventure together..But first mestilah kite cari kebahagiaan untuk diri kita sendiri dulu..InsyaAllah brtambah kebahagiaan utk share with that en.Ekhem2 tu pun menyusur kemudian..brsabar...hurmm biler la dak2 ni nak ajak g hiking lagi nih..tk saba haku :)

    ReplyDelete