Monday 28 November 2011

embracing the fact that i'm just a human ~ not alien!

aaa!! the post is getting lesser by month! tak boleh jadi nih..! kena rajin menulis..banyak kan post..

kenapa aku menulis, entah siapa pun yang baca? tapi aku seronok meluahkan dengan perkataan. yelah, kan tuhan tu adil. aku tak pandai berkata-kata especially meluahkan rasa, tu sebab aku boleh menulis. dan aku rasa gaya tulisan aku pun tak delah teruk sangat kan...? ha? apa? langsung tak faham? haahaha...

tak kisahlah, janji aku gembira dengan apa yang aku buat. and so far, aku memang akan buat apa yang aku rasa aku suka. yang aku tak suka, sorrylah..ko suruh cemana pun, sure aku buat derk jek! that's a virgoan. ngeh3x

hari ni cuti sempena awal muharam semalam. ooo rupanya semalam tahun baru hijrah! ceh! tak sensitif langsung aku nih! cemana?? banyak betul sebenarnya benda yang aku tak amik tau. banyak yang aku tak pedulikan biarpun perkara-perkara tu sebenarnya penting. entah manusia jenis apalah aku nih.....sob3x sedih!

mood blur! cuti panjang macam ni lah..ingat nak jalan-jalan jek! enjoying every minutes yang aku ada, konon weekday aku sangat busy. memang aku busy pun, tapi tak delah sampai tak ada langsung free time. kadang-kadang bila drive pergi kerja pagi-pagi tu aku selalu selisih dengan kereta besar-besar, no plate power-power etc jam baru pukul 8. tapi diorang tu pun dah sibuk berlumba-lumba nak pergi kerja, cari rezeki. so aku yang naik kelisa ni? tak kan nak pergi kerja pukul 11?? apa barang???

tu lah beza aku dengan diorang. mesti diorang pun sebenarnya kena dan pernah bersusah-susah nak sampai tahap yang diorang ada sekarang. inikan pula aku yang baru je nak bermula nih? ish..ish...jauh betul terkebelakang!

tapi bila refer balik apa yang ustaz aku ajar pagi-pagi kat ansar, bahawa sebenarnya apa pun urusan dunia yang kita sibukkan sekarang ni; setengah mati sibuk, bersengkang mata sibuk, bercawan-cawan kopi supaya boleh siapkan kerja (aku lah tu!), gaduh sana-sini tak puas hati satu sama lain (aku lagi ker??), dan lain-lain lagi; sebenarnya tak ada besar mana pun nilainya di sisi Allah! nilainya mungkin je lebih ringan dari sebelah sayap nyamuk!

saja super imposed..supaya gerun dengan nyamuk! haha
hamek! sebelah sayap nyamuk jek! sapa tak pernah tengok nyamuk? betapa kecik binatang penghisap darah tu, yang selalu mengganggu tidur lena korang, lagi sakit hati bila pukul tak kena! haha sebenarnya tu je nilai susah payah kita untuk urusan dunia ni. aku ulang sekali lagi, urusan duniawi. maksudnya apa-apa je yang kita buat tanpa ada niat kerana Allah. memang semata-mata nak hidup je..

insyaAllah kalau kerja supaya kita tak kebulur rezeki halal, supaya anak-isteri boleh pergi sekolah (menuntut ilmu yer, bukan saja jalan-jalan pergi sekolah!), beli baju yang boleh tutup aurat, supaya umat islam tak meminta-minta, supaya umat islam lebih intelek dari umat lain, insyaAllah adalah nilainya. tapi kalau semata-mata nak beli rumah *aku lagi!! huuu :( tu memang tak patut..

kalau diimbas balik, nabi Sulaiman pun sangat sibuk. lagi sibuk dari mana-mana perdana menteri zaman ni. rakyat jelata bukan je manusia, binatang, jin segala! tapi bila seekor burung bernama hud tak hadir perhimpunan, pun dia tau! pun dia tetap sedar dia cuma hamba Allah. so? patut ke aku sibuk-sibuk yang tak ada makna tu? baru jadi kuli, belum pun jadi boss! ish3x....sob2...

eh tapi itu tak bermakna kita semua patut duduk atas tikar sejadah je siang malam, kat masjid je pagi petang, berdoa zikir munajat. Usaha tetap usaha, kerja tetap kerja. cuma tak boleh melampau sampai lupakan Allah. kan Dia yang beri kita rezeki, patut ke kita sombong dengan boss kita? tak patut kan? nanti tak boleh naik ler kpi! betul kan? so tu contoh paling senang faham la..hahaha

anyway, ada satu ilmu yang aku rasa bagus untuk share dengan korang semua. ni ustaz Yusof yang ajar. dia kata; cuba bayangkan segi tiga. bucu yang atas tu Allah, bucu sebelah kanan tu manusia, sebelah kiri pula syurga. kenapa kita kena solat, puasa, sedekah, haji etc? ramai yang sangka, supaya boleh dapat syurga. sebenarnya, tak siapa mampu 'membeli' syurga dengan amalan solat, puasa, sedekah etc melainkan dengan rahmat Allah.

kata ustaz, syurga tu sangat mahal sebab ia sangat indah. dengan segala nikmat yang tak terlintas oleh akal manusia. jadi, selayaknya tak ada sesiapa pun yang mampu memilikinya, kecuali dengan rahmat Allah. sebenarnya Dia tak kisah pun, tak perlu pun, pada solat, puasa atau pun ibadah kita. Dia 'berdiri' sendiri tanpa perlu pada hambaNya. cuma Dia 'suka' melihat kita solat, sujud, berdoa, berharap, meminta, merendah diri etc padaNya

mcm ni lah lebih kurang lukisan ustaz Yusuf tu..


so di antara manusia dengan syurga ada satu titian, namanya Siratal Mustaqim. titian ni lah yang kita bina melalui solat, puasa, segala amal ibadah kita. tapi tetap tak mampu membeli syurga! kita cuma bina jambatan nak ke syurga. cuba bayangkan pula, kalau kita tak buat apa yang Allah suruh, tak solat, tak puasa, tak tutup aurat etc apa terjadi pada 'jambatan' kita? sampai ke jambatan kita ke syurga? kalau buat, tapi biasa-biasa je? kukuh ke jambatan kita tu?

apa tu titian Siratal Mustaqim? dalam surah al-fatihah, ayat ke-lima bermaksud "tunjukkanlah aku jalan yang benar". itulah titian sirat. aku rasa, pernah ustaz-ustaz kita ceritakan dulu, titian tu sebesar sehelai rambut yang dibelah tujuh! *untuk orang yang tak baik sangat macam aku! :(  di bawah titian tu, ada neraka yang apinya marak menjulang-julang. menunggu je siapa jatuh ke dalamnya! nauzubillah...

so moral of the story, aku menulis berdasarkan pengalaman aku sendiri. ada satu masa, aku sangat gemuruh jiwa sebab aku tak berjaya siapkan kerja aku seperti yang boss aku nak. sure aku rasa tension giler! aku kan perfectionist! all the way pagi tu memang aku rasa down giler..rasa nak mc! tapi all the way aku berfikir dan terfikir..aku cuma manusia biasa. aku tak sempurna, biar pun aku dah cuba nak sempurnakan semua perkara. bukan sebab aku malas nak buat, tapi memang aku tak cukup masa nak siapkan isnin tu!

while on the last traffic light nak sampai office, aku diilhamkan bahawa 'it's ok, i've try my best. aku cuma manusia biasa'. dan kenapa aku ditakdirkan tak dapat juga siapkan kerja tu hari tu, walau pun dah cuba letakkan sebanyak mungkin masa, ialah supaya aku berharap dan meminta tolong padaNya, janganlah bagi boss aku masuk hari ni! dalam masa yang sama, menyedarkan aku hakikat, aku ni lemah. perlukan Dia sebagai penolong.

ending, memang boss aku masuk lambat hari tu. dan dia pun tak tanya pasal kerja yang dia suruh aku buat! alhamdulillah! tapi aku bersungguh-sungguh balik nak bagi siap kerja tu as soon as possible, and rabu tu aku berjaya siapkan. tapi yang penting, apa yang aku belajar dari situ..hakikat bahawa aku manusia biasa! bahawa hidup ni bukan hanya untuk di sini, tapi lebih penting untuk hidup di sana.

well, thanks baca sampai ke akhir ni. post terpanjang kot? hihihi insyaAllah, semoga ada manfaat dari tulisan aku ni yang tak seberapa. bukan nak  belagak bagus, just sharing. Sharing mean i care :)

p/s semoga aku jadi manusia yang lebih sensitif dalam hal-hal membangunkan umat, amin.

No comments:

Post a Comment