Thursday 10 November 2011

Metamorphosis

Aku benci perasaan ni, perasaan seorang kalah!

Apesal ar...kenapa aku sedih pula? Sedih kerana terharu kah? Aku merajuk kah? Tapi aku memang malas nak cakap dengan kau. Kau asyik sibuk je kan?

So hari ni kau tak sibuklah? Sebab kau akhirnya break the silence. Yeay! Aku menang..tapi aku kalah juga!

Sebab kau adalah sesuatu yang paling susah nak aku tinggalkan. Paling jahat yang aku sanggup maafkan. Paling kejam yang aku diamkan. Paling jauh yang aku dekatkan. Paling menyampahkan yang aku sanggup terima! (See, bodoh juga aku ni! Buat abis duit belajar tinggi-tinggi jek! akaka)

Aku rasa kalah sebab banyak kali aku nak buang kau jauh-jauh, nak tinggal kau kat mana-mana je..tapi tak boleh! Sebab setiap kali pun, kau cuma cakap 'Sorry' (don't know if you really mean it thou..) and aku boleh terima. Aku benci kau, dan semua yang kita pernah ada..dan sampai sekarang pun aku tak tahu kenapa Tuhan takdirkan perkara yang 'membazir' contohnya memori kita..sebab aku tak nampak apakah akhirnya?

Ok, kau busy baguslah. Kau rajin. Dan aku cuba beri kau sokongan dengan tak nak kacau kau. Dan bila-bila masa, kau boleh mengadu kau sakitlah, penatlah etc Aku akan jadi superwomen yang support kau 100% Guarantee! Tapi lepas tu kau sibuk memanjangggggg...at some point aku rasa 'lupa' pasal kau..then aku rasa kau tak perlukan aku kot..? Kau dah boleh berdiri sendiri. So aku pun nak abandon kau kat mana-mana...

Tapi aku tahu, tak boleh! Sebab kalau kau tak ada, hari-hari aku pun jadi perlahan..everyday it will rain..(huiyooo! :0 metaphors tu!) Dan lepas tu kau pun cakap sorry, dan kita bermula semula...

*Ini cycle butterfly ker? Metamorphosis?

i understand the burden if you choose my side..

*Mungkin, sebab kau 'paling' seperti di atas, jadi aku selalu kena berusaha. Selalu tak boleh sit still, kau buat aku 'bergerak'. Kau buat aku 'bernafas' dalam dunia yang aku rasa 'mati'. Kau buat aku constantly challenged..

Ok-ok, sekarang aku dah faham! :) Alhamdulillah, ilham...!

No comments:

Post a Comment